Assalamualaikum! Mesti ramai tak tahu kan yang sebenarnya boleh invest emas serendah RM10 sahaja!
“Eh macam mana tu??”
Okey mesti anda rasa diri sebagi students atau baru mula bekerja ni tak boleh invest emas kan?
Jadi, saya nak share cara invest emas sebanyak RM10 seminggu. Sebulan jadi RM40,
Setahun dapat 2g emas. Anggaran 240/g.
Kalau anda konsisten simpan cukup 4 tahun, anda ada 8g emas. WOW!!!
Katakan 4 tahun akan datang emas jadi 300/g. Anda kira untung berapa dari 8g!!!
Dengan anda join Quantum Metal, anda sebagai student pun boleh invest emas!!!
Punca utama kebanyakan orang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi setiap bulan adalah kerana mereka tidak kenal apa itu asset dan apa itu liability. Memahami perbezaan antara asset dan liability adalah sangat penting dalam kewangan kita.
Asset merupakan perkara yang membuatkan duit masuk ke dalam poket kita. Banyak perkara yang boleh di jadikan sebagai aset seperti perniagaan, hartanah (Disewakan), dividen (ASB, KWSP, mutual fund), commodities (Emas dan perak).
Orang kaya fokus membina asset!
Liability merupakan perkara yang membuatkan duit keluar dari poket kita. Ini perkara biasa seperti kereta, percutian, pakaian, subscription yang tidak digunakan (Netflix, data internet, Astro, etc).
Antara sebab orang tidak menjadi kaya ialah kerana mereka banyak membeli liability berbanding asset.
Kebanyakan orang menganggap rumah yang mereka beli dan tinggal sendiri adalah merupakan asset. Sebenarnya mereka silap! Walaupun kita telah habis membayar hutang rumah, tapi kita masih perlu membayar bil letrik, bil air, bil internet, insuran dan sebagainya. Itu menunjukkan duit keluar dari poket kita (Liability).
Hartanah boleh dijadikan asset jika rumah atau tanah yang disewakan. Contohnya ibu saya mempunyai beberapa rumah yang di sewakan kepada pekerja Supermarket. Dan juga beberapa kawasan tanah yang di sewakan kepada petani dan pengilang. Maka hartanah itu dikatakan sebagai asset, sebab duit masuk ke dalam poket ibu saya.
Jika rumah yang anda beli masih belum siap di bina sepenuhnya, maka ia juga di katakan liability. Ini kerana rumah tersebut belum boleh disewakan dan anda perlu membayar loan rumah setiap bulan. Bermaksud, duit keluar dari poket atau ia adalah liability.
Tanpa di sedari, kereta adalah punca utama anak muda di Malaysia jatuh bankrap. Ini kerana mereka tidak memahami bahawa kereta itu merupakan liability terbesar.
Menurut pihak bank, kelayakan untuk mendapat pinjaman kereta ialah mereka yang mampu membayar bulanan 1/3 daripada gaji. Bermaksud, kalau gaji RM3,000 sebulan, maka kadar mampu beli kereta adalah RM1,000 sebulan. Maka ramailah anak muda membeli kereta import yang paling mampu dengan bergaya sambil bangga dan menganggap diri mereka sudah berjaya.
Tapi realitinya, mereka bukan saja perlu bayar ansuran bulanan kereta, malah perlu membayar minyak, parking, tol setiap bulan dan bayar insuran serta cukai jalan setiap tahun. Juga kos servis, tukar tayar, tukar batteri dan lain-lain.
Bermaksud duit banyak keluar dari poket kita, maka kereta adalah liability terbesar di Malaysia.
Memahami perbezaan antara asset dan liability akan menjadikan kita lebih bijak berbelanja dan membina kekayaan. Robert Kiyosaki telah memudahkan kita faham tentang aset dan liability melalui gambar di atas:
Mudahnya faham, orang kaya (Rich) tidak membeli liability. Mereka suka membeli aset yang membuatkan duit masuk ke dalam poket mereka seperti hartanah (Disewakan), emas dan perak. Dan keuntungan daripada asset mereka digunakan untuk membayar liability seperti kereta, insuran, kad kredit, dan lain-lain.
Manakala, orang biasa (Middle-class) tidak suka membeli asset. Mereka hanya suka menghabiskan duit untuk membeli liability seperti kereta, rumah, bil, insuran dan lain-lain. Lalu menyebabkan duit sentiasa keluar dari poket mereka. Komitmen kewangan mereka setiap bulan menjadi tinggi, dan mereka akan merasakan kesempitan apabila mereka kehilangan pekerjaan.
Jika anda mahu menjadi kaya, maka belajarlah ilmu kewangan dan belilah aset dan kurangkan liability.
Kami menggunakan Produk Pelaburan Emas Syariah pertama di dunia dengan konsep unik “Leverage Without Margin Call”. Produk Terbaik yang Menggunakan instrumen kewangan islamik menggunakan kaedah Tawarruq Murabahah. Sebagai contoh Modal anda hanya 100gm tetapi anda mendapat nilai emas 1000gm. Jika berlaku kenaikan harga emas dunia, keuntungan emas dikira dari nilai 10X dari simpanan emas anda.
Produk terbaik yang ditawarkan ialah Gold Asset Enahancement (GAE). Skim ini dikira sebagai Fixed Deposit dan produk terbaik yang tiada di tempat lain. Ia menggunakan instrumen kewangan, konsep Tawarruq. Modal 1 unit hanya 4 gram tetapi pelanggan mendapat akaun GAE 10 kali ganda iaitu 40 gram.
Sementara itu, keuntungan kenaikan emas dikira atas 40 gram. Maknanya jika 1 gram naik RM10, maka anda akan dapat untung RM10 X 10 iaitu RM100. Anda boleh tebus, jual beli bila-bila masa tanpa ada tempoh kontrak.
Harga emas dikira setiap hari kecuali hari cuti Sabtu dan Ahad. Anda boleh tebus dan ambil untung, kemudian buka akaun semula untuk dapatkan untung seterusnya.
Upah dikira selama setahun jika anda tidak tutup akaun, tapi jika anda tutup akaun awal maka upah harian dikira sehingga hari anda tutup akaun MyGold-i anda.
Harga 1 unit bergantung kepada pasaran semasa emas dunia. Setiap hari makluman tentang harga akan dimaklumkan. Maklumat lanjut tentang harga satu unit boleh hubungi agen berdaftar.
Tiada pihak lain yang menawarkan skim sebegini, beli 1 unit dapat nilai emas 10 kali ganda daripada modal belian yang dikeluarkan. Ramai yang mengambil peluang meraih keuntungan melalui produk GAE ini.
Anda boleh tambah atau beli unit baru pada bila-masa tanpa halangan. Bayangkan, jika anda ada wang RM10,000 menerusi MyGold-i anda dapat akaun bernilai RM100,000. Kenaikan keuntungan dikira atas RM100,000 itu tadi. Ini peluang terbaik untuk rakyat Malaysia.
Bayangkan juga, anda ada simpanan wang di bank RM10,000, maka nilai duit anda tetap RM10,000 dalam akaun bank. Tapi dengan MyGold-i jumlah wang anda bertambah 10 kali ganda (RM100,000). Maka, bertindak bijak sekarang. Tukar wang anda kepada nilai emas.
1. Sebagai Investor
2. Sebagai Business Partner
3. Sebagai Share Holder
QUANTUM METAL SDN BHD (1011907U) (“QMSB”) adalah sebuah syarikat yang telah diperbadankan di Malaysia pada tahun 2012. QMSB terutamanya terlibat dalam pembekalan dan perdagangan produk logam berharga, khususnya emas. Produk ini diperdagangkan melalui platform digital yang telah memudahkan entiti seperti institusi kewangan yang mempunyai lesen, syarikat berdaftar, dan ahli persatuan yang berdaftar. Pada tahun 2021, QMSB telah memperoleh Quantum Metal Exchange Inc (OTC: QMEI) di New York untuk tujuan pengembangan global. Kini, QMSB dimiliki sepenuhnya oleh QMEI – OTC, New York.
Quantum Metal Malaysia telah didaftarkan pada 30 Julai 2012 dengan modal berbayar sebanyak RM10,000,000.00. Syarikat ini merupakan salah satu pengedar jongkong emas terbesar di Malaysia. Perniagaan utama Quantum Metal adalah menyediakan produk emas premium 99.99% kepada pasaran Malaysia, termasuk badan kerajaan, bank, institusi kewangan, peniaga, dan individu.
Quantum Metal membina hubungan erat dengan bank-bank tempatan dan Pembekal Bullion Antarabangsa seperti PERTH MINT. Model perniagaan Quantum Metal membantu mengurangkan risiko bagi bank-bank tempatan dengan membolehkan mereka membuat transaksi secara langsung dan sah melalui Quantum Metal. Sebagai pelanggan Quantum Metal, bank-bank tempatan tidak perlu melaburkan modal untuk projek ini kerana 100% sistem dan infrastruktur disediakan oleh Quantum Metal Sdn. Bhd. Pulangan pelaburan diperoleh melalui model perkongsian hasil bersama bank-bank tempatan.
Pasukan Quantum Metal terus melabur dalam penyediaan model SOP (Standard Operasi Prosedur) terbaik dan menjamin integrasi dalam talian masa nyata antara bank-bank tempatan dan Quantum Metal.
Withdraw ke akaun peribadi atau akaun simpanan emas. Tiada had pengeluaran
Diperakui oleh LBMA dan disokong oleh International Bullion House
Kadar caj yang rendah. Kemas Kini Harga emas harian
Berpeluang until mendapat tunai sehingga 85% daripada nilai emas anda
Emas disimpan di dalam Brink 100% selamat dan diinsurankan oleh Liyord's of London
Menerima Matawang acing Pemindahan Wang di seluruh dunia
Patuh Syariah
Sokongan telefon pintar Dagangan online yang selamat
Disclaimer : “Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site (assetemas.com) is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners”
Copyright © 2023 Zoom Space Ventures. All rights reserved.